29 November 2016 - 03:36
Cuba Ucap Selamat Tinggal Kepada Castro.

Negara Cuba kini tenggelam di dalam suasana perkabungan berikutan kematian pemimpin revolusi mereka, Fidel Castro beberapa hari lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Negara Cuba kini tenggelam di dalam suasana perkabungan berikutan kematian pemimpin revolusi mereka, Fidel Castro beberapa hari lepas. Pihak kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan tempoh berkabung selama 9 hari di seluruh negara demi memperingati bekas pemimpin Cuba itu.

Sementara itu, upacara utama perkabungan itu akan dianjurkan di pusat Memorial Jose Marti yang terletak di Plaza de la Revolucion (Dataran Revolusi).

Fidel Castro, pengasas kerajaan sosialis pertama di hemisfera barat meninggal dunia pada 25 November lalu pada usia 90 tahun.

Pada 26 November lalu, negara Cuba memulakan tempoh berkabung mereka untuk memperingati Fidel Castro. Pengebumian beliau akan dilaksanakan pada 4 Disember di bandar Santiago de Cuba.